BERLIN, 28 Januari- Borussia Dortmund terpaksa berdepan kehilangan Felix Nmecha selama beberapa minggu selepas pemain tengah Jerman itu mengalami kecederaan ligamen lutut.
Perkara itu disahkan oleh jurulatih sementara Mike Tullberg pada Selasa.
Nmecha terjatuh selepas dikasari dan dikeluarkan pada minit ke-12 dalam perlawanan seri 2-2 menentang Werder Bremen di Sabtu lalu.
Pemain berusia 24 tahun yang merupakan produk akademi Manchester City itu telah menjadi antara beberapa pemain Dortmund yang tidak menerima kritikan dalam tempoh prestasi buruk kelab itu baru-baru ini.
Dortmund akan menentang Shakhtar Donetsk pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada Rabu.
Kelab itu hanya memenangi satu daripada 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan tetapi masih berpeluang layak ke lapan terbaik dengan kemenangan, sekiranya keputusan lain memihak kepada mereka.
"Sudah jelas ini bukan situasi yang mudah, tetapi di setiap kelab ada fasa yang sukar dan tugasnya adalah untuk mengatasi cabaran-cabaran ini," kata penjaga gol Gregor Kobel kepada wartawan.
"Itulah yang menjadikan sebuah pasukan itu hebat, kita hanya perlu mencatat kemenangan dan merasai sedikit kejayaan lagi."-AFP