fb fb fb fb fb

Neymar tamatkan kontrak dengan Al-Hilal

Neymar/ AFP

PARIS, 28 Januari- Bintang Brazil, Neymar pada Isnin menamatkan tempoh 18 bulan bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal selepas mengalami kecederaan. Kedua-duanya "persetujuan penamatan kontrak itu dicapai bersama."

"Kelab ini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Neymar sepanjang kariernya bersama Al-Hilal," menurut kenyataan kelab itu yang disiarkan di media sosial.

Walaupun bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain berusia 32 tahun itu menerima gaji kira-kira $104 juta namun Neymar hanya bermain tujuh kali sejak menyertai kelab itu pada Ogos 2023.

Neymar menyertai Paris Saint-Germain dari Barcelona pada tahun 2017 dengan bayaran 220 juta euro ($230 juta) kemudian menyertai Al-Hilal pada Ogos 2023.

Dia mengikuti jejak bintang handalan bola sepak Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema dengan menyertai liga Saudi.

Tetapi dua bulan selepas ketibaannya di Riyadh, Neymar mengalami patah ligamen di lutut kirinya ketika bermain untuk Brazil dalam kelayakan Piala Dunia pada Oktober 2023, ia sekali gus menyebabkan dia diketepikan selama setahun.

Kemudian dia kembali ke Al Hilal dengan dua penampilan ringkas pada Oktober dan November tetapi mengalami kecederaan hamstring dan tidak bermain sejak itu. Namun Neymar menyasarkan untuk ke Piala Dunia.

Jurulatih kelab Al-Hilal, Jorge Jesus berkata baru-baru ini: "Dia tidak lagi boleh bermain pada tahap yang kami biasa lakukan. Keadaan ini sukar buat Neymar," kata Jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus.

Terdahulu Neymar menyatakan hasrat untuk bermain pada 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI