fb fb fb fb fb

Pengadil umum keputusan VAR, Liga Jerman lancar projek percubaan

Foto REUTERS

MUNICH, 28 Januari-Liga Bola Sepak Jerman (DFL) akan melancarkan projek perintis yang menyaksikan pengadil akan mengumumkan keputusan VAR kepada penonton stadium melalui pembesar suara bermula Sabtu ini, menurut kenyataan badan induk tersebut.

Sembilan kelab telah menawarkan diri untuk menyertai projek berkenaan, termasuk juara Bundesliga Bayer Leverkusen dan pendahulu liga Bayern Munich.

Prosedur pengumuman awam itu akan diterapkan dalam lima perlawanan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, kata DFL pada Isnin.

Projek itu bertujuan meningkatkan lagi ketelusan dalam keputusan pengadilan, tambah DFL.

Prosedur pengumuman awam itu juga telah digunakan dalam separuh akhir Piala Liga Inggeris awal bulan ini.

Perlawanan melibatkan Fortuna Dusseldorf dari liga kedua menentang SSV Ulm pada Sabtu akan menjadi perlawanan pertama di Jerman yang menggunakan prosedur tersebut, diikuti perlawanan melibatkan Bayern, St Pauli, Leverkusen dan Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.

Borussia Dortmund, Freiburg, RB Leipzig dan Greuther Fuerth juga merupakan sebahagian daripada projek itu.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD