fb fb fb fb fb

Port Dickson juara Piala Tuanku 2024

Foto RTM

SEREMBAN, 4 Februari - Port Dickson muncul juara Piala Tuanku 2024 apabila membenamkan cabaran Jelebu 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, pada Sabtu itu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun hampa dengan kekebalan pertahanan, selain ketumpulan jentera serangan masing-masing.

Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas masing-masing terikat 0-0 sehingga masa tambahan.

Juara kejohanan, Port Dickson membawa pulang piala serta wang tunai RM10,000.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta kedua-dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-A'bidin, berkenan hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Piala Tuanku dianjurkan setiap tahun sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Ia telah dianjurkan bermula tahun 1977 dan melibatkan pasukan-pasukan dari daerah di Negeri Sembilan dengan pasukan Tampin muncul sebagai juara pertama.   

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD