fb fb fb fb fb

Piala Emas Wanita CONCACAF :AS muncul juara

Foto FB officialussoccer

LOS ANGELES, 11 Mac - Jaringan tunggal Lidsey Horan sudah cukup buat skuad bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) menewaskan Brazil 1-0 sekali gus muncul juara Piala berkenaan.

Pada final yang berlangsung di Stadium Snapdragon, San Diego itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berhati-hati dan membuatkan kedua-dua pasukan jarang-jarang berpeluang melakukan percubaan berbahaya.

Horan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-40 selepas menanduk hantaran lintang menewaskan penjaga gol Brazil, Luciana bagi menjadikan kedudukan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Permainan pada babak kedua juga tidak banyak berubah dengan kedua-dua pasukan jarang-jarang melakukan percubaan berbahaya.

Keadaan itu menyebabkan jurulatih sementara AS, Twila Kilgore membuat empat pertukaran pemain bagi memberi sengat di barisan depan.

Pertukaran itu membuahkan hasil apabila AS sekali lagi depan dengan gol kedua menerusi Lynn Williams pada minit ke-79.

Namun, gol berkenaan dibatalkan pengadil selepas Williams didapati berada dalam kedudukan 'offside'.

Brazil turut berpeluang menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan menerusi Geyse, namun kuisannya melambung melepasi palang.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD