FOTO REUTERS
CHINA, 4 Februari- China berjaya menewaskan Jepun 4-3 untuk mara ke perlawanan akhir AFC Piala Asia Wanita.
Dalam saingan separuh akhir, kedua-dua pasukan terikat 2 sama selepas waktu tambahan dan China mara setelah menang penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol, Yu Zhu dan kapten pasukan China memainkan peranan utama dalam perlawanan separuh akhir.
Jepun terlebih dahulu di depan hasil jaringan Riko Ueki pada minit ke-16 sebelum China menyamakan kedudkan menerusi Chengshu Wu pada minit ke-46.
Pada masa tambahan, Riko Ueki sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-103 untuk Jepun terus mendahului.
Namun, China berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi, pada minit ke-119.
Pada penentuan sepakan penalti, China berjaya menang dengan 4 jaringan berbalas 3, menewaskan Jepun yang juga juara bertahan.
China yang telah lapan kali bergelar Juara Piala Asia akan bertemu pasukan pertama kali mara ke saingan akhir, Korea Selatan pada 6 Februari ini. -REUTERS