(Dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones akan membawa pulang
kucing terbiar yang disukai pasukan itu dari pangkalan latihan
mereka/FOTO INSTAGRAM johnstonesofficial)
AL-WAKRAH, 12 Disember- Harapan England untuk menjulang Piala Dunia mungkin telah musnah tetapi dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones tidak mahu meninggalkan Qatar dengan tangan kosong.
Kedua-dua pemain berkenaan akan membawa pulang kucing terbiar yang disukai pasukan itu dari pangkalan latihan mereka.
England tewas 1-2 menentang Perancis pada saingan suku akhir.
Kucing jalanan itu, yang diberi nama Dave oleh Stones, perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu
"Ia hanya berada di sana pada satu hari, jadi kami baru sahaja mengambilnya untuk dipelihara, saya dan Stonesy," kata Walker kepada saluran media rasmi FA.
"Dave amat dialu-alukan, sesetengah orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya."
"Hari pertama kami tiba di sana Dave muncul."
"Setiap malam ia duduk di sana menunggu makanannya."tambah Stones.-REUTERS
(John Stones bersama kucing diberi nama Dave di Doha, Qatar/FOTO INSTAGRAM johnstonesofficial)