fb fb fb fb fb

Mongolia, Kyrgystan antara 11 negara sertai kejohanan tenis Piala Billie Jean King 2024

Presiden Persatuan Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Sebanyak 11 negara telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan tenis Piala Billie Jean King 2024.

Kejohanan akan berlangsung pada 15 hingga 20 Julai di Kompleks Tenis, Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir mengharapkan penganjuran kejohanan berkenaan mampu menarik peminat sukan itu dinegara ini.

Antara negara yang akan bersaing pada kejohanan berprestij itu seperti Kyrgyzstan, Sri Lanka, Indonesia, Pakistan, Mongolia dan Uzbekistan.

"Jadi kami berharap pegawai jawatankuasa pengelola dan kakitangan yang terlibat menyokong kejohanan ini bagi memastikan ianya berjaya dan lancar, dalam pada itu saya juga mengharapkan pasukan kami iaitu pasukan wanita kebangsaan mampu memperbaiki prestasi mereka berbanding tahun lepas,"katanya.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan pada sidang media khas kejohanan tenis Piala Billie Jean King 2024 Kuala Lumpur.

Penganjuran kejohanan berkenaan adalah tahun ke-4 sejak pertama kali diadakan di Pusat Tenis Negara, Kuala Lumpur pada 2019 sementara tahun berikutnya 2020 dan 2021 acara itu tidak diadakan kerana pandemik COVID-19.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE