KUCHING, 11 September - Kementerian kewangan diharap dapat memberikan semakan cukai terhadap badan-badan korporat yang menyumbang dalam pembangunan sektor sukan negara.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata melalui inisiatif itu, ia dapat menggalak lebih ramai penglibatan badan korporat.
"Orang yang menderma akan mendapat semakan cukai, tetapi itu hanya untuk derma dalam bentuk wang tunai. Jika ada entiti yang ingin menderma, cara pengiraannya perlu mengikut tatacara tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF)," katanya.
Beliau bercakap kepada media pada sidang media Kejohanan Bola sepak Belia Petronas tertutup di pejabatnya di Kuching hari ini.
Melihat dalam pembangunan bola sepak Sarawak, penglibatan badan korporat amat diperlukan di negeri ini.
Ini kerana pembangunan sukan itu memerlukan kos yang tinggi bagi menyelenggara dan membangunkan sebuah pasukan yang kuat.
Kejohanan anjuran Petronas itu akan berlangsung pada 14 September sehingga 16 November 2024 melibatkan 23 akedemi sukan tempatan.