KUALA LUMPUR, 24 Mei- Beregu campuran negara, Chen Tan Jie dan Toh Ee Wei menepati sasaran apabila mereka berjaya melayakan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Ia menyaksikan pasangan berkenaan berjaya menumpaskan rakan sepasukan, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.
Tan Jie dan Ee Wei hanya memerlukan 39 minit untuk mengesahkan kelayakan ke separuh akhir dengan menang 21-19 dan 21-14.
Pada perlawanan itu, mereka berjaya menampilkan corak permainan yang kemas dan bertenaga.