fb fb fb fb fb

Liga Super: Harimau Selatan unggul di takhta liga

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 14 Julai-Sabah FC terpaksa akur dengan kekalahan terhadap Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tunduk 1-3 pda aksi Liga Super di Stadium Likas, malam tadi (Sabtu).

Gol pertama JDT hadir pada minit ke-20 oleh Romel Morales yang berjaya menanduk bola hasil sepakan sudut Arif Aiman Hanapi.

Romel Morales sekali lagi menggandakan jaringan pada minit ke-44 selepas mendapat hantaran Hong Wan untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

bersambung babak kedua, Sabah FC berjaya merapatkan jurang gol hasil sepakan penalti oleh Gabriel Peres pada minit ke 52.

Tiga minit sebelum tamat perlawanan, pemain import JDT , Bergson Da Silva menceriakan kem Harimau Selatan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan penalti bagi menjadikan kedudukan dengan jaringan 3-1 sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Hector Pablo Bidoglio berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pemainnya.

"Sememangnya kami tahu perlawanan berdepan Sabah adalah sukar, namun saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan para pemain", katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Nada berbeza pula disuarakan Ketua Jurulatih Sabah FC yang menyifatkan kehilangan pemain utama akibat kecederaan dan kelekaan para pemainnya menyebabkan pasukan tersebut tewas.

"Keputusan tentu mengecewakan. Namun tanpa pemain utama kita tetap menunjukkan satu permainan daripada corak yang kita inginkan.

"Dua gol di separuh masa pertama akibat kelekaan kita.Namun pada separuh masa kedua, kita membuktikan kita mampu mendapatkan gol dan bersaing sebelum sepakan penalti yang amat mengecewakan kita", katanya.

Pasukan JDT kini ditangga teratas Liga Super dengan mengumpul 15 mata selepas lima perlawanan, manakala Sabah di tangga keempat liga dengan mengutip tujuh mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD