fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: MU terikat 1-1 menentang Chelsea

Foto AFP

ANKARA, 4 November- Manchester United gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 menentang Chelsea dalam perlawanan minggu ke-10 Liga Perdana Inggeris pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes membuka tirai jaringan untuk pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-70 di Old Trafford.

Namun, rembatan kaki kanan Moises Caicedo dari jarak dekat menyamakan kedudukan empat minit kemudian, sekali gus menafikan kemenangan pertama pengurus sementara United, Ruud van Nistelrooy dalam Liga Perdana Inggeris.

Chelsea berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United di kedudukan ke-13 dengan 12 mata.-BERNAMA-ANADOLU

Trainee2