KUALA LUMPUR, 23 Mei- Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia dengan mudah melangkah ke peringkat suku akhir selepas berjaya menundukan pemain India, Kiran George dalam saingan badminton Malaysia Master 2024.
Pemain berusia 26 tahun itu dilihat berjaya menampilkan aksi cemerlang dan agresif hingga meraih kemenangan straight set 21-13 dan 21-18 dalam masa 55 minit.
Bagaimanapun Zii Jia akui lawannya itu tidak semudah yang disangka dan ianya memerlukan strategi terbaik dalam mengawal perlawanan berkenaan.
"Ya... Sejujurnya saya sudah mula penat masa permulaan 15 minit pertama. Saya juga boleh melihat dia ambil beberapa mata.
"Saya teruskan perlawanan dengan memberi fokus, ya, untuk esok saya meramalkan perlawanan esok lebih sukar," katanya selepas berjaya mengesahkan diri ke peringkat suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil di ibu negara.
Le Zii Jia akan bertemu pemain berpngalaman Denmark, Anders Antosen bagi merebut tempat ke pusingan separuh akhir.