fb fb fb fb fb

Kes Faisal Halim diklasifikasikan NFA

Foto fail

KAJANG, 8 Mei – Kes serangan simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang berlaku setahun lalu kini diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) selepas siasatan gagal menemui sebarang petunjuk.

Peguam Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha mengesahkan pihaknya menerima surat rasmi dari Jabatan Peguam Negara bertarikh 18 Februari yang memaklumkan perkara itu, dengan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berjaya mengenal pasti mana-mana suspek yang terlibat.

“Surat itu menyatakan PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu,” katanya dalam sidang media di Kajang.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengalami kecederaan melecur tahap empat dalam insiden 5 Mei 2024 dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan susulan serangan tersebut.

Usul mengecam serangan ke atas Faisal turut diluluskan secara sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lalu, sebagai gesaan untuk siasatan menyeluruh terhadap kejadian ekstrem itu.

BERITA BERKAITAN

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI