fb fb fb fb fb

Faisal Halim perlukan masa untuk kembali beraksi

Pemain kebangssan Harimau Malaya, Faisal Halim/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memerlukan masa untuk kembali beraksi.

Malah, beliau perlu mendapatkan bantuan psikologi serta perubatan bagi membantu proses pemulihan sepenuhnya.

Perunding Psikologi, Urmilah Dass berkata Faisal mempamerkan tanda-tanda trauma yang teruk dan tekanan emosi semasa penampilan pertama di khalayak umum pada sidang media Khamis lepas.

Jelas Urmilah Faisal menunjukkan gejala kebimbangan dan kemurungan akibat insiden traumatik itu.

Pemain sayap Selangor FC berusia 26 tahun itu mengalami luka melecur tahap empat pada sebahagian anggota badannya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.##

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD