fb fb fb fb fb

Stadium Azteca dijenamakan semula sebagai Estadio Ciudad de Mexico

Foto Fail

MEXICO CITY, 8 Mei – Mexico mengesahkan Stadium Azteca akan dibuka semula Mac tahun depan selepas kerja naik taraf selesai, menjelang Piala Dunia 2026 yang akan bermula 11 Jun.

Semasa kejohanan berlangsung, stadium ini akan dikenali sebagai "Estadio Ciudad de México" bagi mematuhi peraturan FIFA yang melarang penggunaan nama komersial.

Stadium bersejarah itu, pernah menjadi pentas final Piala Dunia 1970 dan 1986, akan menjadi lokasi perlawanan pembukaan serta aksi peringkat kumpulan dan kalah mati.

Kerja pembinaan untuk naik taraf dijangka selesai sepenuhnya suku pertama 2026, bagi memberi ruang kepada sesi ujian operasi.

Pengubahsuaian stadium ini melibatkan peningkatan kapasiti kepada 90,000 tempat duduk, pemasangan skrin LED beresolusi tinggi, bilik persalinan baharu, kawasan hospitaliti dan VIP yang diperbaharui.

Selain tempat duduk baharu di kawasan yang sebelum ini digunakan ruang istirahat.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI