fb fb fb fb fb

Polis tidak henti siasatan, risikan kes simbah asid Faisal Halim masih berjalan

Faisal Halim

JOHOR BAHRU, 9 Julai- Siasatan berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan siasatan, meskipun tidak ada perkembangan terbaharu.

"Apabila merisik ini, kami berurusan dengan sisi gelap pelaku. Orang yang melakukan sedemikian (simbah asid) adalah mereka yang berada dalam satu kelompok manusia yang berada dalam dunia hitam... gelap.

"Kegelapan (pelaku) sentiasa takut akan 'cahaya', Jadi jika saya terus mengemas kini (hasil risikan), bermakna saya sedang menghidupkan 'cahaya' itu, kemudian mereka akan menjadi semakin 'gelap dan gelap' (menjadi-jadi)," katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini. 

Beliau menegaskan pelaku tidak akan terlepas daripada mendapatkan pengadilan yang sewajarnya. Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.

SITI AISHAH MD ISA