fb fb fb fb fb

Kejohanan Petanque Double Perlis, meriah dengan penyertaan serantau

Foto RTM

KANGAR, 16 Februari- Seramai 152 peserta menyertai Kejohanan Petanque Double Terbuka Negeri Perlis anjuran Majlis Belia FELDA Perlis dan Majlis Belia Negeri Perlis di Gelanggang Petanque, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Penyertaan melibatkan peserta dari Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Thailand dengan kategori double dipertandingkan.

Menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs), Mohd Jeffry Hassan, penganjuran pertandingan bukan sahaja telah memberi peluang kepada peserta untuk bersaing secara sihat tetapi juga memupuk nilai kerjasama dan persahabatan.

Selain itu, ia sebagai platform pemilihan pemain yang akan mewakili negeri dalam kejohanan petanque ke peringkat kebangsaan.

Dalam pertandingan kali ini, pemain yang mewakili Majlis Belia FELDA Perlis muncul juara dengan membawa pulang hadiah RM1,500, diikuti OJBC sebagai naib juara dengan hadiah RM800.

Bagi tempat ketiga dan keempat diungguli pasukan Morley dari Thailand dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM