fb fb fb fb fb

Jersi legenda Argentina, Maradona dilelong

(Foto AFP)

ARGENTINA, 21 April- Lelongan jersi legenda Argentina, mendiang Diego Maradona mendapat sambutan hangat peminatnya.

Jersi ikonik tersebut dipakai ketika berdepan England pada Piala Dunia 1986 bermula hari ini.

Syarikat lelongan tersebut, Sotheby menjual jersi biru Argentina bernombor 10 tersebut secara dalam talian sehingga 4 Mei depan.

Beberapa jam selepas bidaan dibuka, laman sesawang itu menunjukkan tawaran pertama 4 juta pound bersamaan kira-kira RM22 juta.

Menambah keunikan jersi tersebut adalah ia dipakai ketika Maradona meledak jaringan popular yang digelar 'Hand of God'.


(Foto AFP)

Ia dijangka akan mencatat rekod baharu bagi lelongan jersi bola sepak sehingga tarikh tutup lelongan.

Rekod untuk lelongan jersi sukan sebelum ini ialah AS$5.6 juta dolar Amerika iaitu hampir RM24 juta pada 2019 bagi jersi milik legenda Baseball, Babe Ruth ketika mewakili New York Yankees.

 

Media Baharu