MOTEGI, Jepun, 13 Julai - Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sensasi apabila meraih kemenangan pertamanya musim ini dalam kategori ASB1000 pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2025 di Litar Mobility Resort Motegi, Jepun.
Pada perlumbaan tersebut, bekas pelumba MotoGP itu memulakan perlumbaan dari barisan utama sebelum dipintas oleh pelumba SDG HARC-Pro Honda Philippines, Keito Abe.
Hafizh yang mengekori rapat Abe berjaya memintas pelumba tersebut pada pusingan terahir untuk menang dengan masa masa 24 minit 09.165 saat.
Sementara itu, malang menimpa seorang lagi pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar yang juga pendahulu kejuaraan apabila terbabit kemalangan pada awal perlumbaan.
Pertembungan dengan pelumba A1 ENERGY BMW Racing Team, Apiwath Wongthananon menyebabkan kedua-dua pelumba gagal meneruskan perlumbaan.
Sementara itu bagi kategori UB150, Pelumba sensasi Malaysia, Husni Zainul Fuadzy meneruskan dominasi selepas mencatatkan kemenangan kempat berturut-turut musim ini.
Bermula pada petak ketiga, beliau memenangi perlumbaan dengan masa 18 minit 44.200 saat.