fb fb fb fb fb

Cedera,Shah Firdaus mungkin terlepas peluang tambah mata ke Olimpik

Pelumba berbasikal,Muhammad Shah Firdaus Sahrom / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 26 Januari-Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mungkin tidak beraksi pada saingan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa, UCI 2024.

Sekali gus bakal terlepas peluang menambah pungutan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berusia 28 tahun itu dilaporkan cedera selepas mengalami kemalangan semasa latihan di Velodrom Nasional Nilai, Selasa lepas.

Beliau yang terkenal dengan gelaran 'The Terminator Shah' itu sepatutnya berlepas ke Australia Sabtu ini bagi menyertai kejohanan yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 Februari di Adelaide.

Pelumba kelahiran Johor itu kini menunggu keputusan barisan kejurulatihan untuk menentukan sama ada akan menyertai saingan atau tidak.

Sementara itu, Shah Firdaus berkata, beliau berhasrat mengukuhkan kedudukan meskipun sudah layak dari segi mata ke Olimpik.

Pemenang pingat gangsa acara pecut dan keirin pada Sukan Asia Hangzhou 2022 itu sebelum ini meletak sasaran menyertai Nations Cup di Australia dan Hong Kong pada Mac.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD