SYDNEY, 13 Mac - Bekas juara lumba basikal dunia, Rohan Dennis muncul di mahkamah pada Rabu selepas didakwa susulan kemalangan maut yang merangut nyawa isterinya juga seorang Olimpian.
Melissa Hoskins, pelumba basikal trek yang telah bersara pernah mewakili Australia pada sukan Olimpik tahun 2012 dan 2016 meninggal dunia di Hospital Adelaide pada Disember tahun lalu selepas mengalami kecederaan kepala yang parah.
Menerusi dokumen Mahkamah Adelaide, Dennis 33 tahun tidak membuat sebarang rayuan apabila berdepan dengan mahkamah Majistret Adelaide.
Tambah dokumen itu lagi, mahkamah majistret Adelaide menangguhkan kes berkenaan sehingga 6 Ogos depan bagi membolehkan pihak pendakwaaan menyediakan draf dan menentukan pertuduhan yang perlu didakwa.
Pendakwa raya telah meminta masa untuk menyelesaikan dan meneliti semula bukti-bukti, kata media Australia.
Berikutan kematian isterinya, pihak polis telah mendakwa Dennis atas tuduhan menyebabkan kematian dengan pemanduan secara berbahaya.
Rohan Dennis, 33 tahun adalah bekas pelumba profesional yang cukup dikenali memenangi perlumbaan ujian masa di Kejohanan Dunia pada 2018 dan 2019, selain turut pernah meraih kemenangan peringkat dalam Tour de France 2015 .
Melissa, 32, mewakili Australia dan memenangi emas dalam acara kejar-mengejar berpasukan di Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2015 di Perancis.- AFP