fb fb fb fb fb

Al-Hilal sambar Renan Lodi, perkuat pasukan

Foto FB Al-Hilal

RIYADH, 18 Januari- Kelab Liga Pro saudi, Al-Hilal menandatangani pemain pertahanan Brazil, Renan Lodi dari kelab Perancis, Marseille.

Lodi, 25 tahun mengikat kontrak tiga tahun setengah dengan yuran perpindahan 23 juta Euro.

Pemain pertahanan kiri itu pernah beraksi bersama Atletico Madrid dan Nottingham Forest.

Lodi setakat ini, telah membuat 19 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil dan beraksi di akhir Copa America pada tahun 2021.

Bagaimanapun skuad Samba ketika itu tumpas keatas musuh ketat, Argentina.

Al-Hilal kini menduduki tangga teratas liga mengumpul 53 mata selepas 19 perlawanan, tujuh mata di depan Al-Nassr yang diketuai Cristiano Ronaldo.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM