TRUST permudah saringan risiko takaful, tingkat kesedaran kesihatan

Foto janaan AI/RTM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Proses saringan dan penilaian risiko dalam industri takaful berpotensi dipermudah menerusi ‘Takaful Real-time Underwriting & Screening Technology’ (TRUST).

RINGKASAN BERITA AI
  • TRUST ialah ekosistem digital menghubungkan teknologi saringan kesihatan dengan penilaian risiko takaful secara bersepadu.
  • Inisiatif dibangunkan hasil kerjasama MTA Services dan Medi Risk Technologies melalui pemeteraian MoU.
  • Teknologi AI imbas peredaran darah wajah untuk kenal pasti risiko kesihatan masa nyata dengan ketepatan tinggi; pengguna disarankan jumpa doktor jika perlu.

Ia merupakan ekosistem digital yang menghubungkan teknologi saringan kesihatan dengan proses penilaian risiko takaful secara lebih bersepadu.

TRUST diperkenalkan menerusi kerjasama MTA Services dan Medi Risk Technologies Sdn. Bhd. (MRT).

Ketua Pegawai Eksekutif Medi Risk Technologies, Kumaran Chinan berkata, pembangunan TRUST merupakan peluasan kepakaran syarikat dalam teknologi kesihatan digital menerusi aplikasi MyMedix.

“Teknologi ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengimbas dan mengesan peredaran darah pada wajah seterusnya mengenal pasti risiko kesihatan secara masa nyata.
Ketepatannya antara 94 hingga 98 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran TRUST dan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara MTA Services dan MRT, di sini, hari ini.

Tambah beliau, TRUST bakal membantu ejen takaful dalam memberi nilai tambah kepada pelanggan berhubung risiko kesihatan dan bukannya sekadar menjual produk semata-mata.

“Jika ada petunjuk tertentu daripada sistem ini, pengguna disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor,” ujarnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.