Ringgit ditutup kukuh berbanding mata wang utama dan serantau

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Ringgit ditutup kukuh berbanding mata wang utama dan serantau hari ini, disokong oleh penurunan harga minyak mentah yang membantu meningkatkan sentimen risiko dalam persekitaran rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berterusan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ringgit mengukuh terhadap dolar AS pada penutup kepada 4.0680/0735, naik dari 4.0860/0910 Jumaat lepas.
  • Niaga hadapan minyak mentah WTI dan Brent masing-masing pada US$70.22 dan US$72.69 sepanjang hari, menurut Pakar Ekonomi Bank Muamalat.
  • Ringgit turut mengukuh berbanding pound, euro, yen serta mata wang serantau termasuk dolar Singapura, baht, rupiah dan peso Filipina.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.0680/0735 berbanding dolar AS daripada 4.0860/0910 semasa ditutup Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah yang rendah adalah ketara memandangkan rundingan damai AS-Iran yang masih berterusan, walaupun serangan berlaku secara berkala.

“Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent masing-masing berada pada paras US$70.22 setong dan US$72.69 setong sepanjang hari,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata beberapa data ekonomi utama AS pada minggu ini termasuk indeks Institute for Supply Management (ISM), Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board, Perubahan Pekerjaan ADP dan data senarai gaji bukan ladang (NFP) akan menentukan kekuatan dolar AS pada masa hadapan.

Pada penutup dagangan, ringgit turut mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3767/3839 daripada 5.4013/4079, naik berbanding euro kepada 4.6383/6446 daripada 4.6605/6662 serta kukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5128/5164 daripada 2.5283/5316 pada Jumaat lepas.

Ringgit juga mengukuh berbanding mata wang serantau.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1445/1490 daripada 3.1581/1625, naik berbanding baht Thailand kepada 12.2199/2412 daripada 12.2445/2643, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 227.8/228.3 daripada 227.9/228.3 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 6.65/6.66 daripada 6.66/6.67. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.