Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS di sebalik ketegangan di Selat Hormuz

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ketika pelabur terus berhati-hati terhadap pergerakan kapal di Selat Hormuz susulan ketegangan geopolitik yang masih dipantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pada pukul 8 pagi, ringgit mencecah 4.0720/0815 berbanding dolar AS, naik dari 4.0750/0795 semasa penutupan semalam.
  • MPC menyokong keyakinan; Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat berkata ekonomi lebih kukuh dan eksport elektrik elektronik meningkat kerana pelaburan AI.
  • Ringgit mengukuh terhadap yen, pound dan euro pada dagangan awal berbanding kadar penutupan semalam.
  • Berbanding serantau, ringgit sedikit naik terhadap dolar Singapura dan rupiah, tetapi susut berbanding baht dan hampir tidak berubah terhadap peso Filipina.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0720/0815 berbanding dolar AS daripada 4.0750/0795 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit turut disokong oleh kenyataan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam yang menunjukkan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang lebih kukuh.

“Lonjakan ketara dalam eksport elektrik dan elektronik menunjukkan Malaysia mendapat manfaat daripada pelaburan global dalam kecerdasan buatan (AI) dan teknologi. Perkembangan ini meningkatkan keyakinan pelabur serta menyokong pengukuhan ringgit,” katanya.

Pada awal dagangan, ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5080/5140 daripada 2.5091/5120 ketika ditutup semalam, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4618/4745 daripada 5.4654/4714, serta mengukuh berbanding euro kepada 4.6555/6664 daripada 4.6581/6633.

Berbanding mata wang serantau, ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1512/1588 daripada 3.1518/1558 ketika ditutup semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 224.6/225.2 daripada 224.8/225.1.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.1978/2325 daripada 12.1886/2064, manakala hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.61/6.63 berbanding 6.61/6.62 sebelumnya. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.