Penguasaan AI jana pendapatan tambahan pekerja, tingkatkan produktiviti perniagaan


ANGKASAPURI KOTA MEDIA, 30 Ogos – Kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan sebaiknya bagi menjana pendapatan tambahan kepada pekerja sekali gus menyumbang produktiviti sektor perniagaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan tinggi sektor perniagaan untuk penyelesaian berasaskan AI, terutamanya ejen AI dan AI generatif.
  • AI peluang ekonomi besar yang patut dimanfaatkan, termasuk untuk menjana pendapatan sampingan.
  • Peningkatan pendapatan membantu pekerja menghadapi tekanan kos sara hidup.
  • Kerajaan perlu bertindak proaktif galakkan penguasaan AI pekerja dan tarik lebih banyak pelaburan langsung asing berasaskan teknologi.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Colony, Timothy Tiah berkata usaha itu penting berikutan ketika ini terdapat permintaan tinggi daripada sektor berkenaan yang menuntut penyelesaian berasaskan teknologi AI.

“AI merupakan peluang besar ketika ini. Saya melihat ada banyak penggunaan dan permintaan AI bagi urusan perniagaan khususnya melibatkan ejen AI serta generatif AI.

“Justeru, saya berpandangan ini peluang ekonomi yang perlu kita manfaatkan meskipun ia hanya menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata dengan peningkatan pendapatan turut membantu pekerja berdepan tekanan kos sara hidup.

Selain itu, Timothy juga berpandangan kerajaan perlu turut berperanan secara proaktif dalam menggalakkan penguasaan AI dalam kalangan pekerja, selain menarik lebih banyak kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berasaskan teknologi ke negara ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Biz Malaysia di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.