Pelabur asing catat jualan bersih RM549.1 juta di Bursa Malaysia

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pelabur asing mencatat jualan bersih RM549.1 juta di Bursa Malaysia bagi minggu berakhir 21 Ogos, meneruskan aliran jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelabur asing di lapan pasaran utama Asia mencatat aliran keluar bersih AS$1.11 bilion.
  • Malaysia antara pasaran yang mengalami aliran keluar asing bersama Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Filipina.
  • Enam daripada 20 indeks utama serantau ditutup lebih tinggi, dipimpin oleh Hang Seng, Ho Chi Minh dan JCI Indonesia.
  • Ringgit mengukuh berbanding dolar; Brent dan minyak sawit naik, manakala sentimen pasaran dipengaruhi ekonomi global, kadar faedah dan ketegangan geopolitik.

Menurut laporan Weekly Fund Flow MBSB Research, perkembangan itu berlaku ketika pelabur asing di lapan pasaran utama Asia kembali mencatat aliran keluar bersih keseluruhan berjumlah AS$1.11 bilion, selepas merekodkan belian bersih pada minggu sebelumnya.

Malaysia antara pasaran yang mencatat aliran keluar dana asing bersama Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Manakala, India merekodkan aliran masuk asing tertinggi, diikuti Indonesia dan Taiwan.

Dalam perkembangan pasaran serantau, enam daripada 20 indeks utama yang dipantau firma penyelidikan ini ditutup lebih tinggi minggu lalu, diterajui Hang Seng Hong Kong yang meningkat 3.6 peratus, diikuti indeks Ho Chi Minh Vietnam dan JCI Indonesia.

Pada masa sama, ringgit menunjukkan prestasi lebih kukuh apabila meningkat 1.2 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat untuk ditutup pada RM4.0385.

Harga komoditi turut mencatat kenaikan, dengan minyak mentah Brent meningkat 6.6 peratus kepada AS$94.39 setong, manakala minyak sawit mentah naik 6.5 peratus kepada RM5,018 satu tan.

MBSB Research turut merekodkan sentimen pasaran yang masih dipengaruhi perkembangan ekonomi global, kadar faedah serta ketegangan geopolitik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.