Pasaran getah dijangka tidak berubah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pasaran getah dijangka tidak berubah dan berada dalam kecenderungan meningkat berikutan pasaran terus memantau ketidaktentuan yang berlaku di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pakar industri berkata kesan segera terhadap permintaan getah sebahagiannya diimbangi oleh penggunaan global lebih perlahan.
  • Kekurangan bekalan diimbangi oleh permintaan lemah akibat perang, mewujudkan keseimbangan sementara.
  • Pasaran dijangka terus kukuh.
  • Potensi peningkatan harga disebabkan gangguan bekalan dijangka berlanjutan hingga akhir Mac 2026.

Pakar industri berkata kesan segera terhadap permintaan getah sebahagiannya diimbangi oleh penggunaan global yang lebih perlahan.

Kekurangan yang terhasil diimbangi oleh permintaan lebih lemah akibat perang sekaligus mewujudkan keseimbangan sementara.

Pasaran dijangka terus kukuh dengan potensi peningkatan harga disebabkan gangguan bekalan hingga akhir Mac 2026.