Niaga hadapan KLCI dibuka lebih tinggi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 April – Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak April 2026 naik 5.0 mata; Mei 3.5; Jun 3.5; September 5.5 pada 9.40 pagi.
  • Jumlah dagangan 3,262 lot manakala kepentingan terbuka 37,116 kontrak.
  • Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 0.98 mata selepas 44 minit dagangan.
  • Nilai indeks dicatat pada 1,722.68 berbanding 1,721.70 semalam.

Pada 9.40 pagi, kontrak April 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,722.50; Mei 2026 naik 3.5 mata kepada 1,722.50; Jun 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,721.50 manakala September 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,702.00.

Jumlah dagangan sebanyak 3,262 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 37,116 kontrak.

Selepas 44 minit dagangan dijalankan, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 0.98 mata kepada 1,722.68 daripada 1,721.70 semalam. -BERNAMA