Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah, dipengaruhi prestasi suram COMEX AS

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 April– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu yang juga hari keempat berturut-turut, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang suram.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak April dan Mei 2026 susut berbanding penutupan sebelumnya.
  • Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga menguncup berbanding paras sebelum ini.
  • Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada sembilan lot semalam.
  • Kepentingan terbuka naik kepada 68 kontrak daripada 61 kontrak; harga fizikal LBMA ditetapkan AS$4,776.75 pada 21 April 2026.

Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak bulan semasa April 2026 susut kepada AS$4,774.60 setiap auns troy berbanding AS$4,799.60 sebelumnya manakala kontrak Mei 2026 berkurangan kepada AS$4,795.60 daripada AS$4,819.60 setiap auns troy.

Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga menguncup kepada AS$4,812.10 setiap auns troy daripada AS$4,837.50 sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada sembilan lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 68 kontrak daripada 61 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada AS$4,776.75 setiap auns troy menerusi penetapan London Bullion Market Association pada 21 April 2026. -BERNAMA