
KUALA LUMPUR, 19 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Khamis, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih lemah.
- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives susut mengikuti Comex yang lebih lemah.
- Kontrak Februari, Mac, April, Mei, Jun dan Ogos mencatat penurunan harga berperingkat.
- Jumlah dagangan turun kepada enam lot dan kepentingan terbuka merosot kepada 83 kontrak.
- Harga rujukan emas fizikal LBMA ditetapkan pada AS$5,003.30 setiap auns troy pada 18 Feb 2026.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 merosot kepada AS$5,011.90 setiap auns troy daripada AS$5,021.90 setiap auns troy pada Isnin.
Mac berkurang kepada AS$5,028.90 setiap auns troy daripada AS$5,038.90 setiap auns troy, manakala kedua-dua April dan Mei susut kepada AS$5,046.60 setiap auns troy daripada AS$5,056.50 setiap auns troy.
Kontrak Jun dan Ogos juga lebih rendah, ditutup pada AS$5,080.50 setiap auns troy, berkurang daripada AS$5,090.40 setiap auns troy.
Jumlah dagangan merosot kepada enam lot berbanding 10 lot pada Isnin, dan kepentingan terbuka turun kepada 83 kontrak daripada 98 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$5,003.30 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 18 Februari, 2026.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada 17 Februari, 2026 (Selasa) dan 18 Februari, 2026 (Rabu) bersempena cuti umum Tahun Baharu Cina. -BERNAMA