
TEHRAN, 25 Mac – Iran dipercayai melancarkan peluru berpandu kruis ke arah kapal induk Amerika Syarikat (AS), USS Abraham Lincoln, ketika konflik di Asia Barat terus memuncak.
- Iran dakwa ini adalah kali kedua mereka menyasarkan kapal induk AS sejak konflik bermula pada 28 Februari.
- Rakaman dikeluarkan tentera Iran menunjukkan pelancaran peluru berpandu tetapi lokasi dan trajektori tidak dapat disahkan secara bebas.
- IRNA lapor ancaman menyebabkan kapal induk mengubah kedudukan, komander Iran beri amaran kapal itu sentiasa dipantau dan akan diserang jika memasuki jarak.
Ini merupakan sekurang-kurangnya kali kedua Iran dakwa menyasarkan kapal induk AS sejak konflik tercetus pada 28 Februari lalu.
Rakaman yang disiarkan tentera Iran pada Rabu menunjukkan pelancaran peluru berpandu yang dikatakan menyasarkan kapal berkenaan.
Namun butiran seperti lokasi dan trajektori serangan itu tidak dapat disahkan secara bebas.
Menurut laporan agensi berita rasmi IRNA, ancaman tersebut menyebabkan kapal induk itu mengubah kedudukannya.
Komander Tentera Laut Iran, Shahram Irani berkata kapal berkenaan sentiasa dipantau pihaknya.
“Pergerakan kapal induk ‘Abraham Lincoln’ berada di bawah pemantauan berterusan. Jika ia memasuki jarak sistem peluru berpandu kami, ia akan menjadi sasaran dan diserang,” katanya.
Setakat ini, Tentera Laut AS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut. – VIORY