Lebih 60,000 usahawan kecil terima manfaat Hijrah Selangor sejak 2015

Foto FB Amirudin Shari

KLANG, 21 Julai – Lebih 60,000 usahawan kecil di Selangor mendapat manfaat pembiayaan mikro Hijrah Selangor sejak diperkenal pada 2015, sekali gus menyediakan alternatif pembiayaan secara sah dan mengelakkan mereka terjebak dengan pinjaman tidak berlesen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemudahan mikro membantu peniaga mendapatkan modal perniagaan dan melindungi mereka daripada beban kadar faedah yang tinggi.
  • Aplikasi digital Dana Plus dilancarkan untuk memudahkan permohonan serta pengurusan pembiayaan secara lebih pantas dan telus.
  • Inisiatif ini menyediakan alternatif pembiayaan sah, mengurangkan kebergantungan kepada pemberi pinjaman tidak berlesen.
  • Sehingga Jun, Hijrah Selangor menyalurkan lebih 94,000 pembiayaan bernilai RM921 juta kepada usahawan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kemudahan itu membantu peniaga mendapatkan modal perniagaan, selain melindungi mereka daripada beban kadar faedah yang tinggi.

Usaha itu juga diperkukuh menerusi aplikasi digital Dana Plus yang dirasmikan hari ini bagi memudahkan proses permohonan serta pengurusan pembiayaan secara lebih pantas dan telus.

“Jika tiada kemudahan pinjaman mikro ini, ditambah pula dengan kadar faedah yang dikenakan oleh bank yang agak tinggi, pilihan yang ada kepada mereka hanyalah mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman tidak berlesen seperti lintah darat atau along.

“Dengan adanya inisiatif ini, seramai 60,000 individu berpotensi dapat dielakkan daripada terjebak mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman tidak berlesen atau along yang mengenakan caj faedah yang sangat tinggi,” katanya di sini.

Sehingga Jun lalu, Hijrah Selangor telah menyalurkan lebih 94,000 pembiayaan bernilai RM921 juta kepada usahawan di Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.