KDNK suku pertama 2026 berkembang 5.4 peratus, lepasi unjuran awal

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sidang media selepas melawat kilang Intel di Bayan Lepas/Foto Bernama

BAYAN BARU, 18 Mei – Pertumbuhan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini mencatat pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumbuhan ekonomi dipacu oleh kemasukan pelaburan langsung asing, pelaburan langsung domestik dan perbelanjaan awam yang kukuh.
  • Kerajaan menerusi rangka Ekonomi MADANI bekerja keras memastikan enjin utama ekonomi terus bergerak lancar.
  • Hasil usaha itu menunjukkan peningkatan kemasukan pelaburan ke Malaysia, menurut Menteri Kewangan II semasa lawatan projek Intel.

Prestasi itu melepasi unjuran awal 5.3 peratus yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pertumbuhan itu dipacu oleh kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) serta perbelanjaan awam yang kekal kukuh.

“Jika kita lihat pada suku pertama tahun ini, pertumbuhan KDNK negara kekal kukuh pada kadar 5.4 peratus, lebih tinggi berbanding unjuran awal sebanyak 5.3 peratus.

“Apabila diperincikan, kita dapat lihat kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) mula memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan langsung domestik (DDI) juga kekal tinggi, selain perbelanjaan awam yang terus kukuh.

“Ini merupakan satu ciri yang agak unik kerana kerajaan menerusi kerangka Ekonomi MADANI bekerja keras bagi memastikan enjin utama ekonomi terus bergerak lancar.

“Alhamdulillah, hasil daripada usaha tersebut, kita menyaksikan kemasukan pelaburan yang semakin meningkat ke Malaysia,” kata beliau dalam Sidang Media semasa Lawatan Projek Intel Pelican di Bayan Baru.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.