
KUALA LUMPUR, 28 April – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM41.85 bilion dalam pasaran konvensional dan RM35.19 bilion dalam dana Islam.
- BNM akan menjalankan tender repo berbalik RM1.0 bilion untuk tempoh tujuh hari.
- Bank pusat mengumumkan kemudahan repo berbalik, jual beli balik dan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan, tiga bulan.
- Pada jam 4 petang BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM34.4 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM41.85 bilion dalam pasaran konvensional dan RM35.19 bilion dalam dana Islam.
BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik sebanyak RM1.0 bilion untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.8 bilion dan RM34.4 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA