Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 April – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM melaksanakan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
  • Lebihan tunai sistem konvensional berkurangan kepada RM40.70 bilion minggu ini.
  • Lebihan tunai sistem Islam meningkat kepada RM29.89 bilion daripada RM24.70 bilion.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) tercatat pada 2.75 peratus setakat 23 April 2026.

Pada minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM40.70 bilion pada Jumaat daripada RM42.07 bilion pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM29.89 bilion daripada RM24.70 bilion sebelum ini.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) pula berada pada 2.75 peratus setakat 23 April 2026.- BERNAMA