Johor optimis catat pelaburan RM102 bilion suku keempat 2005

Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika hadir pada majlis pecah tanah Rianlon Corporation di Pasir Gudang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU, 19 Januari – Kerajaan Johor optimis berada di landasan tepat untuk mencatat rekod kemasukan pelabur tertinggi dalam negara, melibatkan nilai RM102 billion bagi suku keempat 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Johor optimis merekodkan pelaburan suku keempat 2025 sebanyak RM102 bilion berdasarkan momentum semasa.
  • Pelaburan diluluskan untuk suku ketiga 2025 ialah RM91.1 bilion, menunjukkan landasan tepat ke arah sasaran.
  • Kerjasama global termasuk China, Eropah, Amerika Syarikat dan Singapura penting untuk merealisasikan visi Johor maju 2030.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sasaran positif itu berdasarkan momentum pendapatan dan eksport negeri ketika ini, yang menunjukkan peningkatan secara eksponen.

“Johor telah mencapai pelaburan yang diluluskan bernilai RM91.1 bilion untuk suku ketiga 2025. Secara tidak rasmi, kita berada di landasan yang betul untuk mencapai pelaburan bernilai lebih daripada RM102 bilion suku keempat 2025 . Dan saya percaya melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat di seluruh dunia antaranya, China, Eropah, Amerika Syarikat dan rakan kongsi nilai terpenting kita, iaitu Singapura, Johor akan terus maju, ” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak berkerjasama dan berganding bahu bagi merealisasikan hasrat Johor sebagai negeri maju menjelang 2030.

Datuk Onn Hafiz berkata demikian semasa berucap di Majlis Pecah Tanah Rianlon Corporation di Taman Perindustrian Tanjung Langsat di Pasir Gudang Johor Bahru.

Rianlon adalah penyedia global bahan tambahan dan teknologi anti-penuaan untuk bahan polimer berpangkalan di China.