fb fb fb fb fb

Ziarah Seni Madani FINAS sasar bantu 100 penggiat seni tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib

KUALA LUMPUR, 6 Februari - 100 penggiat seni disasar menerima bantuan menerusi Program Ziarah Seni Madani, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata inisiatif tersebut merupakan tanda keperihatinan FINAS terhadap kebajikan golongan tersebut.

"Kita faham bantuan secara sekali ini tidak akan membantu banyak, maklumat yang saya terima daripada Zed Zaidi, kita tengah berusaha untuk mengadakan pertemuan bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga bahagian zakat bagaimana kita boleh bantu mereka dengan lebih sistematik, bukan sekali sahaja, mungkin bantuan bulanan dikemudian hari," katanya.

Beliau ditemui selepas Program Ziarah Seni Madani FINAS di kediaman pelakon veteran, Margaret Gan, di sini.

Tambah Azmir, menerusi Program Ziarah Seni Madani bantuan yang akan disalurkan meliputi barangan keperluan asas dan wang tunai.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN