KUALA LUMPUR, 11 September- Pengukuhan perkongsian teknologi Malaysia-Korea Selatan antara intipati perbincangan dalam pertemuan antara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan Speaker Parlimen Korea Selatan, Kim Jin-Pyo.
Johari optimis, kerjasama jitu dalam bidang berkenaan mampu memajukan kedua-dua negara dan rantau Asia secara amnya.
Turut dibincangkan, kerjasama Malaysia-Korea Selatan dalam kerangka ASEAN.
"Dasarnya membincangkan bagaimana dua buah negara mencapai kejasama baik dari segi kemajuan teknnologi. Saya juga mengajak dari sudut ASEAN kerana kita jadi Pengerusi ASEAN 2025 menjanjikan peluang yang lebih baik kepada 680 juta penduduk. Bagaimana teknologi yang kita labur membangunkan rantau ini sebagai satu rantau dihormati," kata Johari selepas pertemuan itu di bangunan Parlimen.
(Tan Sri Johari optimis, kerjasama jitu dalam bidang berkenaan mampu memajukan kedua-dua
negara dan rantau Asia secara amnya)