yaIKRAM agih kurma kepada lima institusi koreksional

Foto RTM

KAJANG, 26 Februari – Sebanyak 1,050 kilogram (kg) kurma disumbangkan kepada lima institusi koreksional daripada Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM), bersempena Ramadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yayasan Ikram memberikan sokongan pemulihan kepada banduan supaya mereka mendapat peluang kedua dan tidak disisihkan oleh masyarakat.
  • Program bimbingan dan penyediaan juadah berbuka membantu pengalaman pemulihan serta menyokong reintegrasi prospek.
  • Sumbangan dijangka diperluas dengan sokongan masyarakat untuk memberi harapan dan peluang sumbangan kembali kepada negara.

Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia, Ainullotfi Abdul Latif, sumbangan itu diperluas sebahagian usaha yayasan dalam memberi peluang kedua kepada prospek.

“Golongan berkenaan bukan sahaja menjalani hukuman, malah perlu dibantu melalui proses pemulihan agar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dengan lebih baik.

“Ini membawa mesej bahawa mereka tidak disisihkan, sebaliknya terus diberi sokongan walaupun selepas tamat tempoh hukuman,” katanya.

Sementara itu, wakil program wanita Yayasan Ikram Malaysia, Faridah Maludin memaklumkan kelas bimbingan dan penganjuran program yang konsisten mampu membantu golongan banduan.

“Bagi membantu golongan ini, jabatan berkenaan menyediakan juadah berbuka puasa.

“Bantuan ini diperoleh melalui sumbangan daripada rakyat Malaysia, membolehkan penerima merasai pengalaman berbuka puasa seperti di luar rumah,” katanya..

Sumbangan kurma diagihkan kepada lima institusi koreksional iaitu Penjara Sungai Buloh dengan 250 kilogram, Kompleks Koreksional Kajang (200 kilogram), Penjara Wanita Kajang (250 kilogram), Penjara Lelaki Kajang (300 kilogram) serta Pejabat Parol Wilayah Persekutuan (50 kilogram).

Program ini diharap dapat diperluaskan dengan sokongan masyarakat, demi memastikan golongan prospek diberi ruang dan harapan untuk kembali menyumbang kepada pembangunan negara.