fb fb fb fb fb

Xplorasi Rakit Flotilla 4 Palestin: kenang situasi peserta GSF

Peserta Explorasi Rakit Flotilla 4 Palestin tiba di Jeti Lembah selepas memulakan pelayaran dari Jeti Karai sempena dengan program tersebut yang turut disertai kutipan Dana Palestin /BERNAMA

KUALA KANGSAR, 18 Oktober- Kira-kira 26 rakit telah dilepaskan dari Victoria Bridge bersempena Xplorasi Rakit Flotilla 4 Palestin yang berlangsung di Kuala Kangsar, hari ini.

Seramai 89 peserta terdiri daripada penduduk sekitar dan orang awam menaiki rakit dari Victoria Bridge menuju ke Jeti Kuala Kangsar, sebagai simbolik pementasan semula situasi yang dilalui oleh peserta Misi Global Sumud Flotilla baru-baru ini.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Datuk Mohd Apandi Haji Mohamad, berkata bahawa penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya generasi muda, agar terus memberi sokongan dan bantuan terhadap isu kemanusiaan di Gaza.

Tambah beliau, misi solidariti itu tidak terhenti di peringkat pelayaran semata-mata sebaliknya perlu diteruskan dalam bentuk kesedaran dan tindakan di dalam negara.

"Makna kesedaran sangat tinggi, tetapi kita perlu teruskan supaya kita selaku negara Islam, walaupun jauh dari tempat mereka tetapi sokongan moral da material akan diteruskan," katanya.

Selain itu, program tersebut turut disertai oleh Wira Sumud, Norazman Ishak.

Menurut Norazman, pengalaman menyertai GSF membuka ruang kepada peserta Malaysia untuk memahami nilai kemanusiaan sejagat khususnya menerusi pertemuan dengan delegasi antarabangsa yang berani berdepan risiko demi membela nasib rakyat Palestin.

SITI NOORAIN ABDULLAH