fb fb fb fb fb

Wujud hab permotoran bertaraf nasional di Pahang

FOTO FAIL

TEMERLOH, 24 Disember - Kerajaan Pahang bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan mewujudkan hab permotoran bertaraf nasional di sini, setelah kajian menyeluruh dilakukan bagi memenuhi citarasa anak muda dalam bidang permotoran.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia termasuk membina litar serta kompleks sukan permotoran pelbagai guna sebagai pusat aktiviti orang ramai

Menurutnya, kedudukan daerah Temerloh  yang berada di Titik Tengah Semenanjung dilihat amat sesuai dijadikan lokasi Hub Permotoran tersebut di negeri ini.
 
"Saya kata kalau tiada masalah ada tapak untuk buat projek litar dan sebagainya kita akan laksakan tetapi diperingkat awal ini, kita perlu ada satu kajian yang menyeluruhlah tetapi kerajaan negeri setuju buat di Temerloh sesuai denga titik tengah semenanjung," kata Wan Rosdy kepada media selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Permotoran II Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh, petang tadi.
 
Karnival dua hari yang berjaya mencatatkan kehadiran 15,000 pengunjung itu antara lain bertujuan mengumpulkan peminat dunia permotoran serta memberi kesedaran jalan raya.
 
Justeru, adalah dicadangkan program tersebut diteruskan pada tahun hadapan dan kerajaan negeri sedia memberi sokongan kepada acara yang melibatkan golongan muda yang meminati aktiviti permotoran.
 
Malah, sebagai tanda sokongan kepada golongan muda kerajaan negeri melalui Belanjawan Pahang 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM720,000 dengan menyumbang RM200 seorang bagi membantu anak Pahang berusia 18 hingga 21 tahun mengambil lesen memandu.

TETITIA YUSOFF