fb fb fb fb fb

Warden, pelatih didakwa bunuh pelatih pusat pemulihan

(Suffian Effendy dan Nur Aslam didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini atas tuduhan membunuh
pelatih Puspen Perlop pada 31 Januari 2023)

SUNGAI SIPUT, 8 Februari- Seorang warden dan seorang pelatih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput atas pertuduhan membunuh pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, minggu lalu.

Tertuduh, Nur Aslam Faizal, 35, dan Suffian Effendy Kadri, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes disebut semula pada 10 April depan untuk laporan kimia.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan bunuh ke atas Mohd Ali Mohd Nor, 50, di Puspen Perlop pada pukul 10.30 pagi, 31 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya Vitthiyeswary R. Shanmuganathan, manakala Nur Aslam diwakili Keshwinder Singh.

Seorang lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

(Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Rabu)

Media Baharu