fb fb fb fb fb

Wanita maut selepas kediaman dirempuh lori treler

Foto RTM

PEKAN, 3 Ogos-Seorang wanita maut akibat ditimbus runtuhan kediamannya selepas dirempuh sebuah lori treler di Kampung hilir, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian terbabit, tiga mangsa mengalami kecederaan, manakala tiga lagi dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, kejadian dipercayai berlaku setelah lori treler membawa muatan barang pelbagai terbabas, sebelum melanggar kediaman mangsa.

Jelasnya, pihak bomba menerima laporan kejadian pada pukul 4:46 pagi.

Susulan itu, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan sambil dibantu lima anggota  BBP Peramu bersama tiga jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati, seorang wanita tertimbus dibawah runtuhan rumah, sebelum operasi pencarian dan menyelamt digerakkan.

Mangsa kemudian ditemukan tertimbus di bawah lori di bahagian hadapan dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat. 

Mangsa yang disahkan telah meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala, tiga mangsa yang cedera, termasuk pemandu lori dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD