fb fb fb fb fb

Utamakan kepentingan rakyat, Tan Sri Muhyiddin tetap sokong kerajaan

 
KUALA LUMPUR, 7 Februari- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menarik sokongan kepada kerajaan demi kepentingan rakyat.

Tegas beliau, tindakan itu adalah tidak wajar memandangkan situasi semasa negara masih lagi berada dalam keadaan sukar.

"Soal tarik sokongan adakah wajar dalam keadaan sebegini hanya untuk kepentingan saya atau parti saya atau parti tertentu saya fikir nanti rakyat akan fikir apa sikap ahli politik pada masa kini, fikir soal kuasa sahaja," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP) di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau turut berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi kelonggaran kepada calon-calon Pilihan Raya DUN Johor untuk melaksanakan kempen secara bersemuka.

Ia bagi memudahkan calon-calon khususnya calon baharu untuk memperkenalkan diri kepada penduduk setempat.

Media Baharu