UPSI martabat tulisan Jawi dalam hebahan rasmi

Prof. Md Amin (tengah) bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi dan warga universiti pada Majlis Executive Talk 5.0: Kelestarian Kewangan UPSI Pasca Krisis Asia Barat di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah/Foto UPSI

TANJONG MALIM, 18 Mei– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan memperkasa penggunaan tulisan Jawi dalam setiap bahan hebahan majlis rasmi universiti termasuk poster dan kain rentang bagi memartabatkan warisan bangsa serta identiti institusi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menekankan nilai adab, akhlak dan jati diri dalam kalangan warga kampus.
  • Menegaskan peranan UPSI dalam memelihara warisan budaya dan sejarah bangsa Melayu.
  • Menghargai sejarah penubuhan institusi yang bermula sebagai Sultan Idris Training College.
  • Melaksanakan agenda transformasi: reformasi latihan mengajar, penyesuaian penilaian era AI, pengukuhan budaya akademik dan penjimatan kewangan.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pelaksanaan itu selaras dengan aspirasi universiti yang menekankan nilai adab, akhlak dan jati diri dalam kalangan warga kampus.

“UPSI sebagai universiti pendidikan tertua negara perlu memainkan peranan penting dalam memelihara sejarah bangsa Melayu, termasuk tulisan Jawi yang menjadi lambang ketamadunan ilmu,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Executive Talk 5.0 di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, hari ini.

Tambahnya, UPSI sebagai universiti pendidikan tertua negara perlu memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya dan sejarah bangsa Melayu termasuk penggunaan tulisan Jawi yang menjadi lambang ketamadunan ilmu.

Beliau turut mengingatkan warga kampus agar sentiasa menghargai sejarah penubuhan institusi itu yang bermula sebagai Sultan Idris Training College (SITC).

Dalam majlis sama, Dr. Md Amin turut menyentuh agenda transformasi universiti termasuk reformasi latihan mengajar, penyesuaian kaedah penilaian pelajar dalam era kecerdasan buatan (AI), pengukuhan budaya akademik, serta langkah penjimatan kewangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.