KUALA LUMPUR, 22 Mac- UMNO tidak akan menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu meski ada peningkatan lebih 50 peratus pengundi Melayu.
Hal ini selepas Barisan Nasional (BN) berpendirian dalam menghormati kerusi berkenaan adalah milik rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO akan memberi sokongan penuh dengan calon yang akan diumumkan kelak.
"Maka sesiapa sahaja yang akan dicalonkan oleh Pengerusi Kerajaan Perpaduan, insya-Allah jentera UMNO bukan sahaja dari Selangor, saya yakin jentera BN terutama daripada MCA dan Friends of BN akan bersama dengan UMNO untuk turun membantu calon berkenaan biarpun tarikh (PRK) belum ditentukan,"katanya.
Kerusi itu dilaporkan kosong selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP meninggal dunia akibat kanser.
Beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di Kuala Lumpur.