PUTRAJAYA, 10 Februari- UMNO sedia mempertimbangkan rayuan mana-mana individu yang dipecat, atau digantung keahliannya kerana melanggar disiplin parti.
Bagaimanapun Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya belum menerima sebarang rayuan setakat ini.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang surat rayuan daripada sesiapa.
"Saya akan terima surat tersebut tetapi Lembaga Displin UMNO akan tentukan perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas ditanya berkaitan kenyataan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Khaled Nordin berpendapat Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang perlu diberi ruang membela diri sekali gus, mengemukakan rayuan penggantungan keahlian mereka.
(Ahmad Zahid Hamidi)