fb fb fb fb fb

Ulama politik jangan suka-suka tukar fatwa

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Golongan ulama politik dinasihatkan supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu, boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dihormati rakyat dan umat Islam sendiri.

"Ulama jangan tukar-tukar hukum, tukar fatwa...akhirnya ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan orang Islam.

"Ulama kena ada integriti sebagai ulama, jangan tukar-tukar fatwa," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas pendirian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya yang dikatakan tidak menyalahi peraturan, kerana mendakwa ia sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Media Baharu